Seperti yang dikhabarkan sebelum ini, Xiaomi hadir dengan dua model perdana iaitu Xiaomi Mi Note dan Xiaomi Mi Note Pro. Pengeluar telefon bimbit terkemal dari cina itu memperkenalkan dengan dua model bagi membolehkan pengguna memilih mengikut kemampuan mereka.
Xiaomi Mi Note dan Mi Note Pro hadir dengan kerangka dan reka bentuk yang sama. Ia memiliki paparan sebesar 5.7 inci, sambungan Internet berkelajuan tinggi 4G LTE, 13 Megapixel kamera utama dengan penstabilan imej optikal (OIS) dan 4 Megapixel kamera hadapan dan sebaginya. Perbezaannya, ialah model Mi Pro hadir dengan resolusi paparan skrin yang kebih tinggi dengan 1440 x 2560 pixels, memori sitem yang lebih iaitu 4GB RAM, cip pemproses yang lebih berkuasa dan ia hadir dengan platform Android 5.0 Lollipop.
Manakala Xiaomi Mi Note pula hadir dengan resolusi 1080 x 1920 pixels, 3 GB RAM, cip pemproses Snapdragon 801 yang dipadankan pada platform Android 4.4 Kitkat.
Untuk harganya pula, Xiaomi Ni Note hadir dengan harga 2299 Yuan (sekitar RM1399) untuk versi 16 GB dan 2799 Yuan (sekitar RM1650) untuk veesi 32 Gb manakala untuk Xiaomi Mi Note Pro pula ia akan mula dijual pada harga 3299 Yean (sekitar RM1950).
Antara spesifikasi dan ciri-ciri utama yang terdapat pada Xiaomi Mi Note
- Dilengkapi dengan sokongan Dual SIM dan LTE
- Paparan Skrin 5.7 Inci dengan resolusi 1080 x 1920 pixels
- Pemproses Qualcomm Snapdragon 801, Quad-core 2.5 GHz Krait 400
- Kamera 13 Megapixel dan 4 Megapixel kamera hadapan
- Hadir dengan platform Android 4.4.x (KitKat)
- kapasiti bateri Li-Ion 3000 mAh
- Memori terbina 16 dan 64 GB serta 3 GB RAM
- Sokongan microSD 128 GB
Antara spesifikasi dan ciri-ciri utama yang terdapat pada Xiaomi Mi Note Pro
- Dilengkapi dengan sokongan Dual SIM dan LTE
- Paparan Skrin 5.7 Inci dengan resolusi 1440 x 2560 pixels
- Pemproses Qualcomm MSM8994 Snapdragon 810, Quad-core 1.5 GHz Cortex-A53 & Quad-core 2 GHz Cortex-A57
- Kamera 13 Megapixel dan 4 Megapixel kamera hadapan
- Hadir dengan platform Android 5.0.1 (Lollipop)
- kapasiti bateri Li-Ion 3090 mAh
- Memori terbina 64 GB serta 4 GB RAM