redmi2

Tahun 2014 merupakan satu kejayaan bagi pengeluar telefon bimbit dari China ini apabila produk mereka berjaya menembusi pasaran global yang setanding dengan jenama yang lain. Permulaan tahun 2015, Xiaomi meneruskan usaha meraka dengan meneruskan generasi Redmi dengan pelancaran Xiomi Redmi 2.

Xiaomi Redmi 2 tampil dengan rekaan yang lebih berwarna warni. Peranti untuk kelas permulaan ini menyokong rangkaian 4G LTE serta Dual SIM.

Xiaomi Redmi 2 masih lagi mengekalkan saiz paparan dengan 4.7 inci IPS HD 720p. Untuk keupayaannya pula, Ia dimuatkan dengan pemproses 64-bit dengan Snapdragon 410 Quad-Core 1.2 Ghz serta 1 GB RAM. Untuk fungsi pengambaran pula, ia menawarkan 5 megapixel kamera utama dan 2 megapixel kamera hadapan.

Antara spesifikasi dan ciri-ciri utama yang terdapat pada Xiaomi Redmi 2 seperti berikut:

  • Paparan sebesr 4.7 inci dengan resolusi 1280×720
  • Pemproses Qualcomm Snapdragon 410 Quadcore 64-bit 1.2 GHz
  • Sokongan Dual-SIM
  • Sokongan Internet berkelajuan tinggi 4G LTE
  • Memori dalaman 8GB dan 1 GB RAM
  • Kapasiti bateri 2200 mAH
  • 8 Megapixel kamera utama dan 2 Megapixel kamera hadapan
  • Hadir dengan 5 pilihan warna putih, hitam, kuning, hijau dan merah jambu

Bagi harganya pula, ia mula dijual untuk pasaran China pada harga RMB 699 (sekitar RM400) bermula 9 Januari ini. Oleh kerana smartphone Xiaomi semakin mendapat tempat di Malaysia, kami yakin peranti ini bakal menyusur di Malaysia tidak lama lagi.

Sumber : MIUI