Asus Zenfon 2 Asus Zenfone 2 Akan Hadir di Malaysia April Ini

Peranti Zenfone daripada Asus dilihat agak popular di Malaysia. Mulanya, ia hadir dengan tiga variasi sais paparan 4, 5 dan 6 inci yang memasuki pasaran Malaysia tahun lepas. Kemudian, Asus terut memperkenalkan versi 4.5 inci dan versi LTE pada Zenfone 5. Awal tahun ini, Asus telah melancarkan dua peranti dibawah jenama Zenfone iaitu Asus Zenfone 2 yang menggunakan cipset dari Intel Atom dan Asus Zenfone Zoom yang lebih fokuskan pada fungsi pengambaran.

Baru-baru ini juga Asus telah mengumumkan bahawa mereka akan turut memperkenalkan Zenfone 2 yang hadir menggunakan cipset Snapdragon dan juga Mediatek dengan harga pasaran yang lebih murah dengan sokongan 3G bagi dipasarkan di negara-negara membangun yang penggunaan LTE yang agak terhad.

Di Malaysia pula, peranti ini dijangka memasuki pasaran pada bulan April ini termasuk Indonesia, Malaysia, Vietnam, Thailand, Italy dan US. Bagi negara-negara lain seperti ditunjukan dibawah.

Jadual Pelancaran Asus Zenfone 2

  • March – Taiwan, Hong Kong, Singapore, China dan France
  • April – Indonesia, Malaysia, Vietnam, Thailand, Italy dan US
  • May – Japan
  • June – Brazil

Asus Zenfone 2 merupakan peranti yang tersedia dengan Android 5.0 Lollipop. Ia merupakan peranti pertama yang hadir dengan 4 GB RAM dengan pemproses Intel Atom Z3580 Quad-core 2.3 GHz. Phablet dengan saiz paparan sebesar 5.5 inci ini memili kamera 13 Megapixel kamera utama dengan dual tone flash dan 5 Megapixel kamera di bahagian hadapan. Untuk harganya pula, ia akan dijual sekitar USD199 bersamaan RM750 di Malaysia.

Baca Juga : Spesifikasi Penuh Asus Zenfone 2 dan Asus Zenfone Zoom