Asus ZenWatchAsus ZenWatch Yang Baru Tidak Menggunakan Android Wear

Asus dilihat sedang membangunkan ZenWatch untuk generasi akan datang tanpa menggunakan platform Android Wear dari Google. Menurut Asus, penggunaan Android Wear pada jam pintar mereka mengalami masalah bateri yang tidak bertahan dengan lama.

Mereka dilihat sedang membangunkan jam pintar dengan sistem operasi yang baru dan menggunakan cip pemproses Mediatek yang dikatakan mampu bertahan selama seminggu untuk penggunaan bateri. Walaupon begitu, Asus dikatakan akan turut mengeluarkan ZenWatch yang dijlankan pada platform Android Wear. Ini bermakna kita akan lihat dua model Asus ZenWatch yang berlainan platform pada masa akan datang.

Sedikit mengenai Asus ZenWatch generasi pertama ia merupakan jam pintar yang menggunakan sistem operasi Android Wear yang dipadankan pada pemproses Qualcomm Snapdragon 400 1.2GHz. Jam pintar dengan skrin sentuh 1.63 inci ini turut hadir dengan ciri-ciri seperti kalis air dan fungsi penjagaan kesihatan. Namun, Asus ZenWatch generasi pertama tidak akan memasuki pasaran Malaysia. Dan mungkin kita terpaksa menunggu model akan datang yang akan memasuki pasaran tempatan.

Sumber : Focustaiwan