Google lancarkan Aplikasi YouTube Kids untuk Kanak-Kanak

Seperti yang di tulis sebelum ini, Google telah melancarkan Aplikasi YouTube khas untuk kanak-kanak bagi mencegah kanak-kanak terdedah kepada video-video yang tidak diingini. Aplikasi ini dilihat dengan reka bentuk yang lebih mesra dan mudah digunakan bagi kanak-kanak.

Ia menampilkan hanya empat butang Shows, Music, Learning dan Explore, dan satu butang carian yang menyokong carian suara bagi memudahkan kegunaan kanak-kanak.

Antara ciri-ciri yang terdapat pada Aplikasi YouTube For Kids:

  • Set masa untuk hadkan masa penggunaan pada kanak-kanak.
  • Aturan bunyi untuk senyapkan bunyi latar dan sebagainya.

Aplikasi Youtube Kids boleh dimuat turun secara percuma untuk pengguna Android dan juga iOS.

Download : Youtube Kids untuk Android dan iOS