BlackBerry LeapGambar BlackBerry Leap/Rio Tertiris di Internet

BlackBerry dikatakan akan mengeluarkan peranti untuk kelas pertengahan pada April ini. Kesinambungan dari itu, beberapa gambar telah tertiris di media online menunjukan gambar peranti daripada BlackBerry yang mungkin akan dilancarkan dengan nama BlackBerry Leap. Sebelum ini dikenali sebagai nama kod BlackBerry Rio.

Berbeza, dengan kebanyakan peranti BlackBerry yang lain, BlackBerry Leap hadir dengan skrin sentuh sepenuhnya tanpa butang QWERTY di bahagian hadapan. Leap juga akan hadir dengan skrin 5.0 inci dengan resolusi 720 x 1280 pixels. Peranti yang bakal menggantikan BlackBerry Z3 ini juga dikatakan akan dilengkapi dengan pemproses Qualcomm S4 MSM8960 Dual-Core 1.5 Ghz yang hadir dengan 2 GB RAM. Untuk fungsi pengambaran pula, ia dilengkapi dengan 8 Megapixel kamera utama dan 2 Megapixel di bahagian hadapan.

Ciri-Ciri Yang Kemungkinan Terdapat Pada BlackBerry Leap

  • Hadir dengan sokongan 4G LTE
  • Paparan skrin sebesar 5.0 inci dengan resolusi 720 x 1280 pixels
  • Cip Pemproses Qualcomm S4 MSM8960 Dual-Core 1.5 Ghz
  • 16 GB Memori dalaman, 2 GB RAM dan slot memori tambahan
  • Kamera 8 Megapixe dan 2 Megapixel di bahagian hadapan
  • Kapasiti bateri Li-Ion 2800 mAh

BlackBerry Leap di jangka akan dilancarkan pada bulan April atau May tahun ini. Tentang hatganya pula, mungkin akan dipasarkan sekitar RM800.

Sumber : N4BB

Spesifikasi Telefon Berkaitan

image-4514 image-3194 image-1426 image-4980 image-4978
BlackBerry Z3 BlackBerry Z30 BlackBerry Z10 BlackBerry Passport BlackBerry Classic