Samsung Galaxy S6
Gambar Casing Dan Samsung Galaxy S6 Tersebar Di Internet – Samsung akan mengadakan satau majlis pelancaran peranti baru pada 1 March ini dan di jangka Samsung Galaxy S6 dan Samsung Galaxy Edge akan diumunkan pada majlis tersebut.

Berkenaan Galaxy S6, tersebar dua gambar render komputer menunjukan casing berjenama Verus untuk Galaxy S6. Pada gambar tersebut dapat dilihat dengan jelas reka bentuk Galaxy S6 dengan warna biru gelap dan putih yang ditutupi dengan casing.

Menurut Sammobile.com, Galaxy S6 akan hadir dengan 4 pilihan warna biru gelap, biru hijau, emas dan putih. Berkenaan spesifikasinya pula Galaxy S6 dan galaxy Edge akan hadir  dengan paparan 5.0-inci atau 5.2-inci QHD Super AMOLED,Pemproses Exynos 7420 SoC dengan 64-bit octa-core CPU, Mali-T760MP6 GPU, 3GB atau 4GB RAM, 32GB ROM, 16-megapixel atau 20-megapixel kamera utama, 5-megapixel kamera hadapan dan sambungan internet LTE.

Samsung Galaxy S6

Acara pelancaran Galaxy S6 ini akan berlansung pada 1 March ini dan dijangka Samsung akan menyediakan siaran langsung yang boleh dilihat melalui saluran YouTube.