Gambar HTC One M9Lagi Gambar HTC One M9 Tiris di Internet

HTC dijadualkan akan memperkenalkam HTC One M9 pada 1 March ini di MWC 2015. HTC juga dikatakan akan memperkenalkan versi HTC One M9 versi yang lebih besar yang dilengkapi dengan skrin 5.3 inci dengan resolusi 2K. Kurang dari seminggu acara tersebut berlansung, dilihat beberapa gambar akhir HTC One M9 telah pon tersebar di internet.

Dari gambar tersebut, HTC One M9 dilihat memiliki mirip yang hampir sama dengan model sebelumnya. Bezanya kita tidak akan lihat Dual kamera yang terdapat pada model M8 pada peranti ini. Warnanya juga sedikit berbeza dimana model bewarna perak hadir dengan salutan warna emas dibahagian sisi manakala model warna hitam pula dilihat lebih gelap berbanding sebelumnya.

Gambar HTC One M9 Gambar HTC One M9

Untuk spesifikasi pula, HTC One M9 bakal hadir dengan saiz paparan sebesar 5.0 inci yang dikuasai dengan pemproses Snapdragon 810 Octa-Core 2.0 Ghz dan hadir dengan 3 GB RAM. Untuk fungsi pengambaran pula, HTC akan bawakan kamera 4 Ultrapixel di bahagian hadapan manakala untuk kamera utama, ia dimuatkan dengan 20 Megapixel.

Sumber : MobileGeeks

Telefon Berkaitan

HTC One (M8) HTC One Mini 2 HTC One (E8) HTC One Max HTC One