Samsung Galaxy A7Mesra Mobile GallerySamsung Galaxy A7
Samsung Galaxy A7 bakal berada di pasaran Malaysia bermula Febuari ini dengan harga RM1499. Galaxy A7 merupakan peranti terbaru dari siri A untuk keluarga Samsung Galaxy. Sebelum ini Samsung bawakan dua peranti disri Siri A iaitu Samsung Galaxy A3 pada harga RM899 dan Galaxy A5 yang dijual pada harga RM1199. 

Baca Juga :

Sedikit mengenai spesifikasi Samsung Galaxy A7, ia merupakan peranti terbesar dan ternipis untuk siri A dengan saiz paparan sebesar 5.5 inci dan ketebalan 6.3 mm. Peranti ini hadir dengan pemproses Qualcomm MSM8939 Snapdragon 615 Quad-core 1.5 GHz Cortex-A53 & quad-core 1.0 GHz Cortex-A53 yang dilengkapi dengan 2 GB RAM.

Spesifikasi dan ciri-ciri utama yang terdapat pada Samsung Galaxy A7

  • Dilengkapi dengan rangkaian 4G LTE
  • Paparan Skrin 5.5 Inci  dengan resolusi 720 x 1280 pixels pixels
  • Pemproses Qualcomm MSM8939 Snapdragon 615 dan Exynos 5 Octa 5430
  • Kamera 13 Megapixel dan 5 Megapixel kamera
  • Dijalankan pada platform Android OS, v5.0 (Lollipop)
  • Kapasiti Bateri Li-Po 2600 mAh
  • Memori terbina 16GB dan 2GB RAM
  • Sokongan microSD 64 GB