HTC One M9HTC One M9 bakal Dilancarkan 1 March Ini Di MWC 2015

Mungkin ramai yang sedang menantikan pelancaran model HTC One yang baru. HTC telah mengesahkan bahawa mereka akan memperkenalkan model HTC One yang baru pada 1 March ini pada acara Mobile Wolrld Congress (MWC 2015) yang berlangsung di Barcalona. Kenyataan HTC dikeluarkan melalui akaun Twitter HTC UK dengan mesej gambar bunga yang bewarna unggu.

Gambar bunga tersebut mungkin satu petanda dari HTC bahawa mereka akan turut mengeluarkan model HTC One dengan reka bentuk baru dan pilihan warna baru termasuk warna unggu.

“HTC One M9 bakal hadir dengan kamera 20.7 Megapixel, Pemproses Qualcomm MSM8994 Snapdragon 810”

Mengenai HTC One M9  yang sebelum ini dikenali sebagai HTC Hima bakal hadir dengan kamera 20.7 Megapixel dengan Dual-LED Flash meninggalkan kamera Ultrapixel yang digunakan pada model-model HTC One sebelum ini. Desas-desus turut menyatakan bahawa model terbaru ini dilengkapi dengan pemproses Qualcomm MSM8994 Snapdragon 810 Quad-core 1.5 GHz Cortex-A53 dan Quad-core 2 GHz Cortex-A57 yang hadir dengan 3 GB RAM. Antara ciri-ciri utama yang bakal hadir untuk peranti ini seperti paparan sebesar 5.0 inci dengan resolusi HD, pelindung skrin Corning Gorilla Glass 4, sambungan LTE dan sebagainya.

Jadi, kita hanya perlu menunggu pada 1 March ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai peranti ini.

Sumber : Twitter HTC UK