HTC One M9HTC One M9 Juga Akan Hadir Dengan Versi Yang Lebih Besar

HTC akan memperkenalkan model baru pada 1 March ini di majlis MWC 2015 yang berlansung di Barcelona. Dijangka model flagship HTC One M9 juga akan diperkenalkan pada acara tersebut. Desas-desus turut menyatakan bahawa HTC bakal hadir dengan versi yang lebih besar yang turut diperkenalkan pada majlis yang sama.

Ini berikutan daripada dua model dikesan melalui CompuBench dengan nombor model 0PJA13 dan 0PK71. Kita sudah tahu bahawa HTC One M9 menggunakan model OPJA dengan nama model HTC Hima dan untuk nombor model OPKJ1 masih lagi menjadi misteri. Namun, dengan spesifikasi yang hampir sama, ia berkemungkinan sebuah peranti yang berasaskan HTC One M9 dengan paparan yang lebih besar dengan resolusi yang lebih tinggi.

HTC One M9Spesifikasi yang dikesan di CompuBench. Rujukan [1][2]

Bedasarkan spesifikasi pada CompuBench, kami ringkaskan spesifikasi bagi kedua-dua peranti tersebut.

HTC One M9 (0PJA13)

  • Paparan sebesar 5-inci dengan resolusi 1920 x 1080 pixel
  • Pemproses Octa-Core Snapdragon 810 1.9 GHz
  • Adreno 430 GPU
  • 2.6GB (3GB) RAM
  • Memori dalaman 23GB (32GB)
  • Kamera utama 19MP (20MP)  / 12MP (13MP) di bahagian hadapan

HTC One M9 Ultra/Plus (0PK71)

  • Paparan sebesar 5-inci dengan resolusi 2560 x 1440 pixel
  • Pemproses MediaTek MT6795 Octa-Core 1.9 GHz
  • Rogue PowerVR G6200 GPU
  • 2.6GB (3GB) RAM
  • Memori dalaman 23GB (32GB)
  • Kamera utama 19MP (20MP) / 12MP (13MP) di bahagian hadapan

Kredit Gambar : Cnet.com