LG Watch UrbaneJam Pintar LG Watch Urbane Dengan Versi LTE Diumumkan

LG telah mengumumkan jam tangan pintar LG Watch Urbane yang yang hadir dengan kelengkapan 4G LTE menjadikannya yang pertama jam pintar dengan LTE. Berbeza dengan versi sebelumnya yang menggunakan Android Wear, model ini di lengkapi dengan platform baru hak milik LG dengan spesifikasi yang telah ditingkatkan.

Dengan versi LTE ini, LG mendakwa jam pintar mereka dapat membuat panggilan terus dari jam pintar tanpa perlu digabungkan pada peranti Android seperti yang terdapat pada jam pintar yang lain.

Selain dengan kelengkapan LTE, model ini turut hadir dengan NFC, kapasiti bateri sehingga 700mAH, 1 GB RAM dan 4 GB memori dalaman dan sebaginya. Untuk paparannya pula, ia hadir dengan 1.3 inci skrin OLED dengan resolusi 320 x 320 pixel.

LG Watch Urbane

Seperti kebanyakan jam pintar yang lain, LG Watch Urbane juga hadir dengan fungsi kalis air dan debu dengan pengiktirafan IP67, dan sudah tentunya ia hadir dengan fungsi-fungsi kecergasan padanya. LG Watch Urbane akan diperkenalkan dengan lebih menyeluruh pada MWC 2015 ini. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang smartwatch dari LG ini nantikannya pada 1 March ini.

Sumber :  LG