Pebble TimeJam Pintar Pebble Time Kini Di Kickstarter

Pebble sudah sinonim dengan jenama jam pintar yang kini telah banyak di pasaran termasuk Malaysia. Buat masa ini, Pabble telah memiliki dua model jam pintar Pebble Watch dengan harga USD99 dan Pebble Steel dengan harga USD199. Untuk model terbaru, kini telah pon berada di Kickstarter dengan pengenalan model terbaru mereka Pebble Time.

Nama Pebble Time diambil bedasarkan antaramuka Timeline (garis masa) yang terdapat padanya. Berbeza dengan sebelumnya, model terbaru ini hadir dengan skrin bewarna dengan teknologi e-paper yang dapat dilihat dengan jelas walaupon berada dibawah matahari.
Pebble Time

Antara Ciri-Ciri yang terdapat pada Pebble Time

  • Dilengkapi dengan teknologi e-peper yang dapat dilihat dengan jelas dibawah cahaya matahari
  • kapasiti bateri yang mampu bertahan selama 7 hari
  • Ciri-ciri kalis air
  • serasi dengan 6,500+ aplikasi sedia ada Pebble.
  • Untuk Kickstater, ia hadir dengan tiga pilihan warna hitam, putih dan merah
  • Hadir dengan Pengera getaran
  • Fungsi kesihatan dan kecergasan
  • Boleh dipadankan dengan Android 4.0 dan iOS 8 keatas.

Pebble Time kini telah pon mencapai sasaran meraka bagi mengumpul USD500,000 di Kickstater. Berbaki lagi 30 hari mereka telah berjaya memungut USD 9 Juta.

Sumber : Kickstater