Steve JobsKata-kata Inspirasi dari Steve Jobs

Siapa yang tidak mengenali Steve Jobs. Dia merupakan ikon dalam dunia teknologi perkomputeran yang mengasas produk Apple bersama-sama rakannya Steve Wozniak dan yang lainnya. Hari ini, 24 Febuari 2015 merupakan tarikh lahirnya ikon tersebut dan hari ini hari lahirnya yang ke 60.

Steve jobs bukan sahaja menjadi CEO di Apple Inc. Dia juga merupakan pengasas bersama di Pixar, iaitu sebuah studio animasi ternama dunia yang banyak menghasilkan filem animasi seperti Tos Story, Cars, Finding Nemo dan sebaginya. Dia juga pernah mengasas Next Inc, yang merupakan syarikat perusahaan komputer Amarika setelah dipecat dari Apple satu masa dahulu.

Di bawah ini merupakan kata-kata inspirasi dan motivasi buat kita yang pernah diungkapkan ketika dia masih hidup.

1. Beza Usahawan Berjaya Dan Yang Gagal Adalah Ketekunannya.

“Saya percaya bahawa hampir sesetengah perkara yang memvezakan usahawan yang berjaya dan tidak berjaya adalah ketekunannya.”

2. Cintailah Perkerjaan Anda.

“Jika anda tidak mencintai sesuatu, maka anda tidak akan mengambil usaha yang lebih, berkerja pada hari cuti, atau menentang status quo sejauh mungkin.”

3. Fokus Pada Produk, Bukan Profitnya.

“Jika Anda fokus pada profit dan keuntungan, Anda akan mengurangi kualiti produk. Namun jika Anda fokus pada menghasilkan produk yang luar biasa, maka profit dan keuntungan akan mengikuti.

4. Usahakan Yang Terbaik.

“Jika Saya mencuba yang terbaik dan saya gagal, Setidaknya saya sudah mencuba yang terbaik.”

5. Berubahlah

“Teruskan Lapar, Teruskan Bodoh”

6. Jangan Terpaku pada Kejayaan Terlalu Lama

“Jika Anda melakukan sesuatu yang mengangumkan, maka Anda harus mencuba melakukan hal luar biasa yang lain, jangan terpaku terlalu lama. Cari jalan selanjutnya.”

7. Kualiti Lebih Baik Dari Kuantiti

“Kualiti itu lebih penting daripada kuantiti. Satu Home Run jauh lebih baik daripada Two Doubles.”

8. Inovasi

“Inovasi membezakan antara pemimpin dan pengikut. “

9. Carilah Kesempurnaan

“Anda telah memasak kek yang sangat cantik, kemudian Anda menggunakan kotoran anjing untuk hiasannya.”

10. Kematian Adalah Penemuan Terbaik Kehidupan

“Mati adalah ciptaan terbaik dalam kehidupan. Ia adalah alasan untuk kita berubah. Ia membersihkan yang lama dan gantikan yang baru.”