Lenovo S90 SisleyLenovo S90 Sisley Spesifikasi Review

Mungkin ramai yang mengidam-idamkan mengguna peranti dari Apple yang lebih eksklusif dan premium. Namun dengan harganya yang mencecah sehingga RM3000 ringgit kita memilih untuk menggunakan peranti yang lebih sesuai dengan bajet kita. 

Baru-Baru ini, lenovo telah mengumumkan Lenovo S90 Sisley untuk pasaran Malaysia dengan harga sekitar RM799. Apakah kaitanya peranti ini dengan Apple?. Peranti ini memiliki reka bentuk yang menerupai Apple iPhone 6 tetapi dijalankan pada platform Android.

Reka Bentuk

Mesra Mobile GalleryMesra Mobile GalleryMesra Mobile Gallery
Lenovo S90 Sisley menawarkan reka bentuk yang menarik dengan kerangka luar seolah-olah disaluti dengan aluminium seperti yng terdapat pada Apple iPhone 6. Ia hadir dengan pilihan warna yang lebih banyak dan menarik termasuk warna perak, kelabu, merah jambu, oren lambut dan biru. Untuk saiz dan berat pula Sisley membawakan ketebalan hanya 6.9 mm dan berat 129g.

Untuk paparan pula, ia dipadukan dengan skrin Super AMOLED yang sebesar 5.0 inci yang sangat selesa di tangan dan saiz yang sesuai untuk tontonan movie dan sebagainya. Selain itu, S90 turut hadir dengan resolusi HD 720 dengan ketumpatan pixel 294 PPI yang sangat sesuai untuk tontonan movie dengan resolusi HD.

Spesifikasi

General
Platform Android 4.4.4 (KitKat)
Processor Quad-core 1.2 GHz Cortex-A53
Cipset Qualcomm MSM8916 Snapdragon 410
GPU Adreno 306
Date Announced November 2014
Price Latest Lenovo Price in Malaysia
Coverage
GSM Network GSM 850 / 900 / 1800 / 1900
UMTS Network HSDPA 900 / 1700 / 1900 / 2100
LTE Network LTE 1800 / 2100
Version/SIM Dual SIM Version
Design
Type Smartphone
Design Candybar
Dimensions 146 x 71.7 x 6.9 mm
Weight 129 g
QWERTY
Others
Display
Technology Super AMOLED, 16M Colors, 294 PPI Pixel Density
Resolution 720 x 1280 pixels
Size 5.0 inches
Touchscreen Capacitive Touchscreen, Multitouch
Protection
Others
Multimedia
3.5mm Audio Jack Yes
Radio Yes
Music Player Yes
Sound Format MP3 / WAV / WMA / AAC
Video Format MP4 / H.264
Streaming Yes
TV Tunner
Editor Audio / video / Document
Memory
Built-in Storage 16 / 32 GB
Card Slot
System Memory 1 / 2 GB RAM
Connectivity
GPRS Yes
EDGE Yes
Data Speed HSPA, LTE
WIFI Yes
NFC Yes
USB Yes
Bluetooth Yes
Infrared
TV-Out
Camera
Camera 13 Megapixel
Resolution 4208 x 3120 pixels
Flash LED flash
Focus Autofocus
Features Geo-tagging, face detection, panorama, HDR
Video 1080p@30fps
Front Camera 8 Megapixel
Features
Battery Li-Ion 2300 mAh
Colors silver, gray, pink, soft orange, blue
GPS A-GPS
Sensors Accelerometer, proximity
Applications Organizer, Google Search, Maps, Gmail, YouTube, Calendar, Google Talk
Others

Lenovo S90 Sisley lebih mengfokuskan pada pasaran pertengahan. Dengan harga RM799 sudah tentu ianya sesuatu yang berbaloi dimikiki dengan spesifikasi yang baik. Terdapat beberapa ciri-ciri utama yang terdapat pada peranti ini yang boleh anda pertimbangkan untuk membeli peranti ini. Pertama, peranti ini dilengkapi dengan rangkaian 4G LTE yang memberi ruang pada anda untuk akses internet dengan kelajuan mencecah 100Mbps.

Selain itu, Lenovo S90 Sisley juga hadir dengan kamera utama 13 Megapixel yang hadir dengan pelbagai mode pengambaran. Ia juga mampu merakam rakaman video dengan resolusi HD 1080p. Dibahagian hadapan pula, tertera 8 megapixel kamera. Bagi yang gemar berselfie, nungkin peranti ini terbaik untuk anda. Untuk prestasinya pula, Sisley dipadukan deng cip pemproses Qualcomm MSM8916 Snapdragon 410 Quad-core 1.2 GHz Cortex-A53 yang hadir bersama 2 GB RAM yang merupakan pemproses yang agak baik untuk peranti Mid-Range. Ia turut hadir dengan pilihan memori dalaman 16 dan 32 GB.

Aplikasi

Lenovo S90 SisleyScreenshot yang diambil dari Lenovo S90 Sisley

Lenovo S90 Sisley dimuatkan dengan platform Android 4.4.4 Kitkat. Lenovo juga telah mengumumkan bahawa S90 Sisley juga bakal menerima kemaskini Android 5.0 Lollipop pada suku kedua tahun ini. Selain daripada aplikasi-aplikasi yang tersedia seperti Youtube, Facebook dan sebagainya, Lenovo turut bawakan beberapa aplikasi khas yang terdapat pada peranti Lenovo sahaja seperti aplikasi Share It yang memudahkan anda berkongsi file dengan rakan-rakan dengan platform yang berbeza. Antara beberapa aplikasi lain dari Lenovo seperti SyncIt, SnapIt Camera dan sebagainya.

Kelebihan dan Kekurangan

Kelebihan Kekurangan
  • Menyokong Dual SIM
  • 8 Megapixel kamera di bahagian hadapan
  • Menyokong sambungan 4G LTE
  • Tiada Slot memori tambahan
  • Tiada glass pelindung