Lenovo Vibe ShotLenovo Vibe Shot Akan Diperkenalkan Pada MWC 2015

Mungkin suatu ketika dulu kita pernah memiliki telefon kamera Cybershoot dari Sony Ericsson yang lebih mengfokuskan pada kamera. Ia merupakan salah satu peranti yang diidamkan oleh kerana fungsi fotografi yang terbaik yang ada pada peranti tersebut ketika itu. Telefon pintar yang mengfokuskan pada fungsi fotografi bukanlah sesuatu yang baru, Nokia dengan model Lumia 1020, Samsung pula hadir dengan Galaxy K Zoom. Lenovo turut tidak ketinggalan dalam menghasilkan peranti dengan tujuan yang sama.

Lenovo Vibe Shot dilengkapi dengan 16 Megapixel BSI kamera, Penstabilan Imej OIS, 3-LED Flash, dan Laser Autofokus

Lenovo Vibe Shot adalah peranti pertama yang mengfokuskan pada fungsi fotografi yang dijangka akan hadir pada acara MWC 2015 yang berlansung awal March ini. Reka bentuknya sudah menggambarkan bahawa Lenovo Vibe Shot ini mengfokuskan pada kamera. Ia dilengkapi dengan 16 Megapixel BSI kamera yang hadir dengan penstabilan imej optikal (OIS), 3-LED Flash, dan laser auto fokus. Namun, ia tidak dilengkapi dengan fungsi optikal zoom bagi mengekalkan reka bentuknya yang lebih nipis.

Selain itu, Lenovo Vibe Shot turut hadir dengan pemproses Snapdragon 615 yang didatangkan bersama 3 GB RAM. Ia turut dilengkapi dengan paparan sebesar 5.0 inci 1080P. Antara ciri-ciri lain yang terdapat pada peranti ini seperti memori dalaman 32 GB dan dijalankan pada platform Android 5.0 Lollipop.