Monkey King Escape – Permainan Baru dari Ubisoft untuk Android dan iOS

Mungkin kita sudah sinonim dengan permainan Subway Surfers yang dengan watak yang berlari-lari tanpa penghujungnya sambil mengutip sebanyak mana duit tanpa belanggar atau ditangkap polis. Ubisoft telah melancarkan permainan yang baru yang menggunakan konsep permainan yang sama namun dengan watak dan jalan cerita yang berbeza.

Monkey King Escape merupakan permainan baru dari Ubisoft untuk pengguna Android dan iOS. Permainan ini berasaskan dari jalan cerita novel China “Journey to the West” di mana watak hero sebagai monyet yang berlari mengambara untuk menuntut gelaran raja monyet. Permainan ni memiliki persekitaran yang berbeza dimana anda perlu mengutip sebanyak mungkin duit serta melawan musuh. Hero anda juga boleh berubah kepada watak haiwan yang lain yang memiliki kebolehan yang berbeza.

Monkey King Escape boleh dimuat turun secara percuma di Google Play sekarang untuk platform Android 4.0 dan keatas dengan keperluan memori 39Mb. Manakala pengguna smartphone dan tablet Apple boleh memuat turun di Apps Store.