EA Melancarkan Permainan Need For Speed: No Limits

EA Software telah terkenal dalam menghasilkan permainan-permainan yang menarik dari kategori aksi, strategi, sukan mahupon perlumbaan kereta. Terbaru, mereka telah melancarkan Need For Speed: No Limits untuk Android dan iOS yang merupakan siri dari permainan terkenal mereka, Need For Speed. Walaubagaimanapon, jika anda di Malaysia, anda masih lagi belum berpeluang untuk muat turun permainan ini memandangkan ia terhad untuk Netherlands dan Taiwan buat masa ini.

Need For Speed: No Limits memiliki fungsi pilihan pengubahsuaian kereta yang sangat banyak. Ia dikatakan memiliki 250 juta kombinasi aksesori dan bahagian kereta termasuk bahagian yang baru menerima lesen body kit dari Rocket Bunny, Mad Mike, dan Vaughn Gittin Jr.

Need For Speed: No Limits

No Limit turut membawakan tiga mod permainan termasuk Time Trial, Car Delivery, dan Duel modes. Need For Speed: No Limits boleh di muat turun secara percuma untuk pengguna Android dan iOS. Bagi pengguna selain di Taiwan dan Netherlands, anda terpaksa menunggu ia dilancarkan untuk global.

Download : Need For Speed: No Limits untuk Android dan iOS