Tablet Shield

nVidia Akan Hadir Dengan Tablet SHIELD 2 Dengan Tegra X1 – Pada awal Januari yang lalu, nVidia telah memperkenalkan pemproses untuk peranti mudah alih iaitu Tegra X1. Ia merupakan peningkatan dan penambahbaikan pada pemproses Tegra K1.

Seperti yang dikhabarkan, Nvidia telah membangunkan Tablet SHIELD 2 yang bakal menggunakan cip pemproses tersebut. Siapa yang tidak inginkan sebuah konsol permainan dengan platform Android yang mudah dibawa kemana sahaja. Sudah tentu semua inginkan.

Tentang spesifikasi Tablet Sheild ini masih lagi belum didedahkan. Namun dengan cip pemproses Tegra X1 sudah tentu ia akan nenjadi konsol permainan yang hebat.

Sedikit mengenai peranti SHIELD generasi pertama yang dilancarkan awal 2013 yang lalu, ia merupakan sebuah konsol permainan dengan paparan skrin 5.0 inci dan controller. Kemudian nVidia turut memperkenalkan sebuah Tablet 7.0 inci dengan pemproses K1 dan Controller yang dijual berasingan.

Tags