PhotoMath

Sesi pembelajaran kita menjadi semakin mudah dengan adanya kemudahan teknologi. Jika sebelum ini kita boleh selesaikan soalan matematik menggunakan kalkulator, kini pelbagai cara baru muncul bagi memudahkan pengguna. Antaranya seperti menaip soalan matematik pada Google Search, membuat pertanyaan soalan matematik melalui Google Now dan tebaru dengan lebih mudah dengan hanya mengambil gambar soalan tersebut menggunakan kamera.

PhotoMath, Aplikasi Selesaikan Soalan Matematik Dengan Mengambil Gambar Soalan

PhotoMath merupakan aplikasi yang boleh menyelesaikan soalan matematik dengan hanya mengambil gambar soalan tersebut dan ia akan selesaikannya dengan pantas dengan panduan langkah demi langkah. Aplikasi ini sesuai untuk Android, Windows Phone dan iOS yang boleh dimuat turun secara percuma di Google Play dan Apps Store. Buat masa ini PhotoMath menyokong pengiraan termasuk arimatik asas, pecahan, fungsi logaritma, persamaan linear dan sebagainya yang sentiasa di tambah baik.

PhotoMath – Aplikasi Jawab Soalan Matematik Dengan Tangkap Gambar

Namun, buat masa ini ia masih belum lagi menyokong bacaan tulisan tangan, hanya boleh diselesaikan masalah matematik di buku teks dengan cetakan komputer.

Download : PhotoMath untuk AndroidiOS dan Windows Phone.