Xiaomi Redmi Note 4G

Celcom menawarkan plan data internet untuk Xiaomi Redmi Note 4G dengan harga peranti serendah RM88 untuk Plan First dengan 3GB data internet dan RM288 umtu Plan First dengan 2 GB data internet. Kedua-dua plan tersebut hadir dengan kontrak selama 2 tahun. Untuk harga pasaran,  Xiaomi Redmi Note 4G dijual pada harga sekitar RM589.

Plan Data Celcom untuk Xiaomi Redmi Note 4G  :

  • First Plan 2GB ( RM85/bulan untuk 2GB data Internet ) – Harga Smartphone : RM288
  • First Plan 3GB ( RM135/bulan untuk 3GB data Internet ) – Harga Smartphone : RM88

Untuk plan First 2GB, celcom turut menawarkan penggunaan data 2GB untuk Wifi, 100 minit panggilan suara dan 100 SMS. Manakala untuk plan First 3GB pula, celcom menawarkan penggunaan data wifi 3GB, 350 minit panggilan suara dan 350 SMS. Untuk maklumat lanjut boleh melayari laman rasmi Celcom.

Mengenai spesifikasi Xiaomi Redmi Note 4G, ia merupakan peranti yang berasaskan Android 4.2 Jelly Bean yang dilengkapi dengan rangkaian 4G LTE untuk pengalaman melayari internet yang lebih pantas dengan kelajuan muat turun mencecah 150Mbps. Redmi Note juga hadir dengan skrin yang besar iaitu 5.5 inci dengan resolusi HD 720 x 1280 pixel. Dibahagian belakang tertera 13 Megapixel kamera dengan bukaan kanta f/2,2 dengan sudut lebar 28mm bagi membolehkan gambar yang diambil lebih sempurna.

Baca Juga : Spesifikasi penuh Xiaomi Redmi Note 4G