Plan Data untuk Samsung Galaxy A7Maxis Menawarkan Plan Data untuk Samsung Galaxy A7

Awal Fabuari yang lalu, Samsung Malaysia telah melancarkan Samsung Galaxy A7 untuk pasaran Malaysia. Ia dijual pada harga RM1499 yang boleh di beli melalui pengedar rasmi Samsung.

Maxis juga tidak melepaskan peluang menyediakan Plan data internet untuk Samsung Galaxy A7. Mereka menawarkan tiga plan yang dengan harga peranti bermula RM588 untuk Maxis One Plan dengan 3GB data internet. RM799  untuk Maxis One Plan dengan 2GB data internet dan RM999 untuk Plan Maxis One Lite dengan data internet 1 GB. Kesemua plan hadir dengan kontrak selama 2 tahun.

Plan Data Maxis untuk Samsung Galaxy A7 :

  • MaxisONE Plan Lite ( RM78/bulan untuk 1GB data Internet ) – Harga Samsung Galaxy A7 RM999
  • MaxisONE Plan ( RM128/bulan untuk 2GB data Internet ) – Harga Samsung Galaxy A7 RM799
  • MaxisONE Plan ( RM158/bulan untuk 3GB data Internet ) – Harga Samsung Galaxy A7 RM588

Sedikit mengenai plan dari Maxis ini, Ketiga-tiga plan hadir dengan panggilan suara dan SMS percuma ke rangkaian Maxis dan Hotlink manakala Plan Maxis One pula percuma kesemua rangkaian untuk panggilan suara dan SMS.

Bagi yang berminat, anda boleh ke laman rasmi Maxis untuk maklumat lanjut. Baca juga Spesifikasi penuh Samsung Galaxy A5.