Oppo Find 7 CelcomCelcom Menawarkan Plan Data Untuk Oppo Find 7

Celcom telah menambah satu lagi peranti dalam pakej plan data mereka iaitu Oppo Find 7 yang ditawarkan bermula dari RM538 sehingga RM1238 mengikut plan yang dipilih. Untuk harga pasaran, peranti dari China ini dijual pada harga RM1798.

Untuk Oppo Find 7, Plan data internet dari Celcom hadir dengan tiga pilihan dengan komitmen bulanan RM85, RM135 dan RM235. Ketiga-tiga plan tersebut sudah tentunya hadir dengan kontrak selama 24 bulan.

Plan Data Celcom Untuk Oppo Find 7

  • Celcom FIRST plan ( RM85/bulan untuk 2GB data Internet ) – Harga Peranti : RM1238
  • Celcom FIRST plan ( RM125/bulan untuk 3GB data Internet ) – Harga Peranti : RM1038
  • Celcom FIRST ELITE plan ( RM235/bulan untuk 3GB data Internet ) – Harga Peranti : RM538

Sedikit mengenai Oppo Find 7, ia merupakan salah satu peranti yang dilengkapi dengan resolusi Quad HD pada skrin yang sebesar 5.5 inci menawarkan paparan yang jelas dan lebih terperinci. Phablet dari Oppo ini juga menawarkan 13 Megapixel kamera dengan sensor IMX214 CMOS dari Sony memberi kesan terbaik pada gambar yang diambil. Bukan itu saja, peranti ini mampu merakam video dengan resolusi 4K dengan HDR serta berkebolehan merakam video gerak perlahan (Slow Motion).

Dengan keupayaan pemproses Quad-core 2.5 GHz dengan 3 GB RAM sudah tentunya Oppo Find 7 menawarkan penggunaan berterusan tanpa sebarang masalah terutamanya pada aplikasi permainan. Find 7 juga hadir dengan teknologi pengecasan VOOC yang dikatakan mampu mengecas 4x lebih pantas.

Baca juga : Spesifikasi Penuh Oppo Find 7

Untuk maklumat lanjut mengenai Plan Data Celcom untuk Oppo Find 7 boleh merujuk di laman rasmi Celcom.