Mesra Mobile GalleryMesra Mobile GalleryMesra Mobile Gallery
Maxis telah mengumumkan plan data internet untuk Huawei Ascend Mate 7. Jika anda inginkan sebuah telefon pintar yang besar, mungkin tawaran dari Maxis ini sesuai dengan anda. Mereka menawarkan peranti sebesat 6.0 inci ini dengan harga bermula dari RM599. Jika tidak, anda terpaksa membelinya dengan harga kedai RM1,999.

Untuk telefon pintar ini, Maxis menyediakan dua plan internet iaitu MaxisOne Plan dan MaxisOne Plan Lite untuk langganan bulanan yang lebih murah. Kedua-dua plan tersebut hadir dengan kontrak selama dua tahun.

Plan Internet Huawei Ascend Mate 7 dari Maxis

  • MaxisOne Plan ( RM128/bulan) – Harga peranti RM599
  • MaxisOne Plan Lite ( RM78/bulan ) – Harga peranti RM799

Sedikit mengenai spesifikasi Huawei Ascend Mate 7. Maxis membawakan phablet ini dengan spesifikasi premium yang dilengkapi dengan 3 GB RAM dan 32 GB memori dalaman. Walaupon namanya Mate 7 namun ia nemiliki paparan sebesar 6 inci dengan resolusi HD 1080p. Ia juga hadir dengan pemproses Octa-Core dengan cip dari HiSilicon Kirin 925. Untuk maklumat lanjut boleh melihat di laman rasmi Maxis.

Baca Juga : Spesifikasi penuh Huawei Ascend Mate 7