Quality Time – Pantau Penggunaan Masa Aplikasi Android

Mungkin kita tidak akan percaya jika seseorang itu memberitahu dia menggunakan telefon pintar lebih dari 5 jam sehari. Apa pon alasannya sama ada bermain games, menonton movie, melayari internet atau membalas mesej di Whatsapp, penggunaan 5 jam sehari mungkin agak tinggi bagi seorang yang normal.

Jadi, untuk mengathui perkara ini, terdapat satu aplikasi Android bagi memantau penggunaan masa aplikasi kita seharian. Dengan itu, kita boleh mengatahui berapa lama kita menggunakan smartphone, aplikasi manakah yang paling lama dibuka dan sebagainya. Untuk pengguna Android yang berminat untuk melihat statistik penggunaan Smartphone, boleh muat turun aplikasi Qualiti Time yang boleh didapati secara percuma di Google Play.

Cara Pantau Penggunaan Smartphone Android

Kami telah mencuba aplikasi ini selama sehari bagi melihat statistik penggunaan smartphone. Dan inilah hasilnya.
Quality Time
Di awal penggunaan anda tidak akan melihat sebarang statistik oleh kerana tidak banyak aplikasi yang dibuka. Sebaik sahaja anda mengaktifkan aplikasi ini bacaan terus diambil.
Quality Time
Aplikasi ini juga menyediakan laporan berbentuk garis masa (Timeline) dimana anda boleh mengatahui masa dengan tepat waktu dan jumlah masa penggunaan aplikasi yang digunakan dengan tepat. Selain daripada statistik masa, aplikasi ini juga menawarkan fungsi Take a Break dimana fungsi ini akan menghalang anda menggunakan smartphone pada masa yang ditetapkan.

Download : Quality Time untuk Android