Samsung Galaxy Note Edge MaxisMaxis Menawarkan Plan Data untuk Samsung Galaxy Note Edge

Mungkin ada diantara kita yang inginkan sesuatu yang unik pada smartphone dengan skrin di bahagian sisi. Namun dengan harga pasaran yang mencecah RM2999 mungkin agak sukar bagi mendapatkannya. Maxis mula mengambil inisiatif untuk menawarkan plan data internet dengan harga Samsung Galaxy Note Edge yang lebih murah serendah RM2299.

Untuk peranti ini, Maxis menawarkan tiga plan data internet dengan komitmen bulanan RM78 untuk 1 GB data,  RM128 untuk 2 GB data dan RM158 untuk 3 GB. Ketiga-tiga plan ini hadir dengan 24 bulan kontrak.

Plan Data Maxis untuk Samsung Galaxy Note Edge

  • MaxisONE plan ( RM158/bulan untuk 3GB data Internet ) – Harga Peranti : RM2,299
  • MaxisONE plan ( RM128/bulan untuk 2GB data Internet ) – Harga Peranti : RM2,299
  • MaxisONE plan Lite ( RM78/bulan untuk 1GB data Internet ) – Harga Peranti : RM2,499

Mengenai spesifikasi, Samsung Galaxy Note Edge merupakan variasi kepada Samsung Galaxy Note 4 yang memiliki skrin sentuh di bahagian sisi. Ia dilengkapi dengan pemproses Quad-Qore yang dipadankan dengan 3 GB RAM bagi kemampuan multitasking yang lebih efektif. Selain itu, ia turut dilengkapi dengan paparan Quad HD sebesar 5.6 inci. Untuk fungsi pengambaran ia hadir dengan 16 Megapixel serta penstabilan imej optikal (OIS) bagi meningkatkan kualiti gambar yang diambil.

Baca Juga :  Spesifikasi penuh Samsung Galaxy Note Edge

Bagi yang berminat, anda boleh ke laman rasmi Maxis untuk maklumat lanjut.