Samsung Galaxy Tab 3V MaxisMaxis Menawarkan Plan Data untuk Samsung Galaxy Tab 3V

Baru-baru ini, Samsung telah mengumumkan tablet 7 inci dengan harga mampu milik Samsung Galaxy Tab 3V yang dijual pada harga RM499 di Malaysia. Perkembangaan mengenai tablet ini, Maxis telah menawarkan plan data internet khusus untuk tablet ini dengan harga RM239 untuk harga peranti dan RM50 untuk langganan setiap bulan seperti yang ditunjukan dibawah.

Plan Data Maxis untuk Samsung Galaxy Tab 3V :

  • Plan SurfMore50 ( RM50/bulan untuk 2GB data Internet ) – Harga Tablet : RM239

Untuk Samsung Galaxy Tab 3V, Maxis hanya menawarkan satu plan data internet dengan kadar langganan RM50 sebulan untuk data internet 2 GB. Ia turut hadir dengan kontrak selama 2 tahun. Jika berminat anda perlu membawa keseluruhan sebanyak RM539 termasuk RM300 bayaran pendahuluan.

Sedikit mengenai spesifikasi Samsung Galaxy Tab 3V, ia merupakan tablet 7 inci yang dilengkapi dengan pemproses Quad-Core 1.3 Ghz. Selain itu, ia turut dilengkapi dengan kamera 2 Megapixel di belakang dan juga hadapan yang turut hadir dengan 8 GB Memori dalaman.

Untuk maklumat lanjut mengenai Plan dari Maxis ini boleh ke laman rasmi Maxis.