Samsung Malaysia mula menawarkan tablet murah 7 inci iaitu Samsung Galaxy Tab 3V dengan harga RM499 yang mula diperkenalkan di laman Facebook Samsung Malaysia. Tablet ini bakal menjadi persaingan kepada Asus Fonepad 7 FE171CG yang diperkenalkan beberapa hari yang lalu dengan harga RM529.

Samsung Galaxy Tab 3V

Galaxy Tab 3V dilihat bakal menggantikan Galaxy Tab 3 Lite yang juga ditawarkan dengan harga yang mampu milik. model 3V ini dilengkapi dengan paparan sebesar 7.0 inci WSVGA dengan resolusi 1024 x 600 pixel. Ia turut hadir dengan sokongan rangkaian 3G bagi memudahkan sambungan ke internet. Seklain itu, Galaxy Tab 3V memiliki pemproses Quad-Core 1.3 Ghz yang hadir bersama memori terbina 8 GB dan 1 GB RAM. Di bahagian belakannya pula, tertera kamera 2 Megapixel. Kamera yang sama turut hadir di bahagin hadapan untuk panggilan video dan selfie. 

Bagi yang berminat untuk mendapatkan tablet ini, boleh dapatkannya di pengedar rasmi Samsung seluruh negara dengan harga RM499.

Spesifikasi Tablet Murah Samsung Galaxy Tab 3V

  • Dilengkapi dengan pemproses Quad Core 1.3 GHz
  • Hadir dengan 1 GB RAM serta memori terbina 8 GB
  • Paparan skrin sebesar 7.0 inci dengan resolusi 1024 x 600 pixel
  • 2 Megapixel kamera utama dan 2 Megapixel kamera hadapan
  • Terdapat dua versi Dual SIM dan SIM tunggal
  • Kapasiti bateri Li-Ion 3600 mAh
  • Sambungan Internet 3G