SBK14 Mobile – Permainan Perlumbaan Untuk Android dan iOS

Terdapat pelbagai permainan perlumbaan superbike di untuk telefon pintar anda. Namun, jika anda mencari permainan perlumbaan superbike di litar Sepang mungkin anda boleh mencuba permainan ini. SBK14 Mobile baru sahaja diumumkan 24 Fabuari lepas yang boleh didapati di Google Play dan Apps Store secara percuma.

Menariknya tentang permainan ini ialah ia menawarkan 13 litar yang ditampilkan semasa FIM Superbike World Championship termasuk litar Sepang. Ia juga menampilkan lebih 27 pelumba yang mewakili negara masing-masing serta 16 kumpulan Racing termasuk Aprilia Racing, BMW Motorrad Italia, Kawasaki Racing, PATA Honda dan Ducati Superbike.

SBK14 menawarkan persembahan grafik yang sangat baik untuk iOS mahu pon Android dengan pencahayaan dinamik serta grafik yang terperinci dan realistik. Untuk pengguna Android, permainan ini menyokong sepenuhnya Android 4.0.3 dan keatas untuk iOS pula ia menyokong kedua-dua iPhone dan iPad.

Download : SBK14 Mobile untuk Android dan iOS