Sony SmartEyeglass Developer Edition hadir March ini

Mungkin kita sudah kenal dengan Google Glass yang merupakan cermin mata pintar dengan kebolehan berinteraksi dengan pemakainya. Sony juga tidak ketingalan dalam menawarkan peranti yang sama. Namun, seperti namanya ia merupakan versi pembangun yang dijual pada harga USD840 seunit. Buat masa ini ia hanya ditawarkan di UK, Germany, France, Italy, Spain, Belgium, Netherlands, Sweden, Japan dan US yang akan dilancarkan 10 March ini.

Sony SmartEyeglass agak berbeza jika dibandingkan dengan Google Glas dimana kaca mata dari Sony ini dilihat kurang bergaya dengan bingkai yang agak tebal dengan bahagian controller yang berasingan. Namun, anda perlu tahu ini adalah produk pembangun. Versi pengguna akan memiliki reka bentuk yang lebih baik dari ini.

Sony SmartEyeglass Developer Edition

Tentang spesifikasinya pula, Sony SmartEyeglass hadir dengan kamera 3 Megapixel untuk mengambil gambar dan juga rakaman video. Selain itu, ia turut boleh disambungkan pada peranti Android 4.4 keatas melalui Bluetooth. Menurut Sony, versi pembangun ini hanya mampu bertahan selama 150 minit untuk jangka hayat bateri dan 80 minit sekiranya menggunakan kamera.

Jadi, apa pendapat anda mengenai kaca mata pintar dari Sony ini.?. Walaupon dilihat kurang bergaya, kami yakin Sony akan menawarkan sesuatu yang lebih baik untuk versi pengguna nanti.

Sumber : Sony