Teknologi Telefon Bimbit Telefon Pintar dengan sistem operasi Symbian mendominasi pasaran ketika itu

Jika kita imbas 10 tahun yang lalu, kita dapat tahu bahawa teknologi mudah alih ini berkembang dengan pesat sehingga sekarang. Pada masa itu tiada lagi peranti dari Android yang mula diperkenalkan pada tahunn 2008 dan tiada juga peranti dari iOS yang mula dipasaran pada tahun 2007. Yang ada hanyalah dari Symbian, Linux dan Windows Phone yang ketika itu lebih dikenali sebagai Windows Mobile. Namun, hanya sebilangan sahaja menggunakan platform tersebut, selebihnya menggunakan platform dengan antaramuka yang dibangunkan pengeluar telefon bimbit itu sendiri.

Nokia dan Symbian antara gabungan peranti dan platform terbaik ketika itu dan mereka telah mendominasi pasaran telefon pintar ketika itu. Mereka telah nenghasilkan pelbagai telefon pintar yang masih lagi segar di ingat sehinhga hari ini. Nokia jugalah yang menghasilkan Smartphone pertama dengan konsep permainan yang terdapat pada Nokia N-Gage. Nokia jugalah yang nengeluarkan Smartphone yang boleh dilipat menjadi video Cam dan pelbagai lagi inovasi baru yang dilancarkan ketika itu.

Teknologi Telefon Bimbit Nokia N-Gage QD yang dilancarkan pada tahun 2004

Tidak lupa juga peranti dari Sony (Sony Ericcson ketika itu) yang lebih mengutamakan fungsi kamera dan sistem audio dan muzik yang terbaik pada telefon bimbit mereka. Motorola juga antara pengeluar telefon binbit yang agak popular ketika itu dengan menghasilkan telefon binbit dengan reka bentuk nipis dan menarik. Pada ketika itu Samsung masih lagi dengan telefon lipat ala-ala Korea. IPhone pula masih lagi belum wujud.

Teknologi

Teknologi Telefon Bimbit Nokia N95 antara peranti terawal dengan sistem navigasi.

10 tahun yang lepas telefon hanya digunakan untuk fungsi-fungsi asas sahaja termasuk panggilan suara, menghantar mesej, mengambil gambar, bermain games dan nenonton video pada skrin yang kecil.

Walaupon sesetengah telefon memiliki rangkaian 3G, penggunaan internet sangatlah terhad oleh kerana syarikat telekimunikasi mengenakan cas yang agak tinggi.Wifi?. Hampir kesemua telefon bimbit ketika itu tidak memiliki Wifi. Sistem navigasi dan GPS pula masih lagi baru diperkenalkan yang terdapat pada beberapa peranti Nokia.

Kamera dan Fungsi Pengambaran

Teknologi Telefon Bimbit Sony Ericsson K800i dan Nokia N93

Untuk fungsi pengambaran dilihat peranti dari Nokia dan Sony Ericsson menjadi pilihan. Nokia telah hadir dengan sensor kamera terbaik didatangkan dengan kanta Carl Zies pada peranti Siri N mereka manakala Sony Ericsson pula menggunakan teknologi dari kamera digital Sony CyberShot pada peranti mereka.

Aplikasi dan Permainan

Aplikasi dan permainan tidaklah begitu terhad. Namun ia tidak memiliki satu tempat khas untuk memudahkan pengguna untuk mendapatkannya seperti yang terdapat pada Google Play dan Apps Store. Pengguna terpaksa mencari di internet dan muat turun serta install secara manual. Ketika itu, kebanyakan Applikasi dan pernainan berasaskan JAVA.

Menonton video dan Movie

Meninton movie dan video amatlah terbatas ketika itu oleh kerana saiz paparan yang sangat kecil dan juga memori dalaman dan memori tambahan yang sangat terhad. Kebanyakannya lebih suka mendengar muzik.

Penutup

Teknologi Telefon Bimbit Smartphone Apple dan Android yang pertama, iPhone dan HTC Dream

Teknologi mudah alih dilihat berkembang dengan pesat apatah lagi sejak kemunculan iPhone dan juga platform Android pada tahun 2007 dan 2008. Pada ketika itu kebanyakan pengeluar telefon bimbit mula beralih arah dengan menggunakan platform Android oleh kerana ia merupakan platform berasaskan Linux dan sumber terbuka.

Smartphone dengan skrin sentuh juga mula digunakan secara meluas dan meninggalkan butang tekan yang terdapat pa peranti sebelumnya bagi memberi ruang pada pandangan skrin yang lebih luas. Nokia pula masih lagi setia dengan Symbian sehinggalah mereka beralih pada Windows Phone dan telah menamatkan sistem operasi Symbian pada tahun 2013.

Tags