telefon bimbit buatan malaysiaTahukah anda Dua Jenama Telefon ini dari Malaysia

Di Malaysia Telefon Bimbit telah menjadi satu keperluan dalam hidup kita. Tidak kiralah remaja, belia atau siapa sahaja semuanya memerlukannya untuk berhubung satu sama lain. Namun adakah anda tahu Malaysia juga pernah menghasilkan jenama telefon bimbit sendiri?. Salah satunya masih gah sehingga hari ini. 

Sebenarnya, Jenama telefon bimbit dari Malaysia telah diperkenalkan sejak tahun 2005 lagi. Anda masih ingat dengan M.Mobile dimana penyanyi terkenal Mawi yang banyak mempromosikan produk tersebut satu masa dahulu.

M.Mobile

telefon bimbit buatan malaysiaM.Mobile M10 yang pernah di pasaran tempatan satu masa dahulu

M.Mobile merupakan pengeluar telefon bimbit pertama dari Malaysia yang ditubuhkan sejak 2005. Bukan itu sahaja ia merupakan syarikat pengeluar telefon bimbit pertama di dunia yang dimiliki oleh orang islam.

M.Mobile telah mengeluarkan lebih dari 10 peranti yang berada di pasaran ketika itu. Ia telah hadir dengan beberapa ciri-ciri islamik seperti pengera azan, penunjuk arah kiblat pada perantinya. Antara model-model keluarannya seperti M10, MB110, MB210, MB210i, MB310 dan banyak lagi. Kini sedekad telah berlalu, Tiada lagi peranti-peranti ini di pasaran tempatan. Mungkin lepas ini ada dikalangan ahli-ahli perniagaan islam dari negara kita yang akan menceburi bidang ini.

Ninetology

telefon bimbit buatan malaysia3 Peranti popular dari Ninetology. Ninetology Insight, Black Pearl II dan Stealth II.

Ninetology merupakan pengeluar telefon bimbit yang kedua dari Malaysia yang masih lagi beroperasi sehingga kini. Ia mula diperkenalkan pada tahun 2012 dengan mengeluarkan lebih 20 perati smartphone dan tablet yang berasaakan Android.

Pada tahun 2013, Ninetology mula meluaskan pasarannya ke negara-negara jiran termasuk Indonesia, Thailand, Vietnam, dan Singapura. Antara peranti yang popular dari Ninetologi seperti Ninetology Insight, Black Pearl II, Stealth II dan banyak lagi.

Asal-Usul Jenama Peranti Anda

Kita sudah lihat dua jenama telefon bimbit dari Malaysia. Adakah anda tahu peranti-peranti yang anda gunakan berasal dari negara mana?. Di bawah ini kami senaraikan jenama-jenama terkenal telefon bimbit dan negara asal-usulnya untuk maklumat anda.

  1. China – Huawei, Lenovo, Meizu, Oppo, OnePlus, Vivo, Xiaomi, ZTE
  2. Taiwan – Acer, Asus, HTC
  3. USA – Apple, Amazon, Microsoft, Motorola
  4. Finland – Nokia
  5. France – Alcatel
  6. Japan – Panasonic, Sony, Toshiba
  7. Malaysia – M.Mobile, Ninetology
  8. Korea – Samsung, LG
  9. Canada – BlackBerry

Tags