Oppo R5Oppo R5Oppo R5

UMobile Menawarkan Plan Internet untuk Oppo R5 Bermula RM399 – Oppo R5 diumumkan pada oktober tahun lepas dan ia merupakan antara peranti yang ternipis dengan ketebalan hanya 4.5mm. Ia mula dijual di pasaran Malaysia dengan harga RM1598.

Dengan reka bentuk premium dan nipis, UMobile begitu tertarik untuk jadikan Oppo R5 sebagai salah satu peranti untuk pelan data mereka. Mereka telah menawarkan tiga plan iaitu U Plus, U88 dan U58 dengan harga peranti dari RM399 sehingga RM1099. Untuk informasi berkaitan.

Plan  Data yang ditawarkan UMobile untuk Oppo R5 :

  • Plan U Plus ( RM138/bulan untuk 5GB data Internet ) – Harga Oppo R5 RM399
  • Plan U88 ( RM88/bulan untuk 5GB data Internet ) – Harga Oppo R5 RM899
  • Plan U58 ( RM58/bulan untuk 5GB data Internet ) – Harga Oppo R5 RM1099

Ketiga-tiga plan tersebut hadir dengan 24 bulan kontrak dan tidak memerlukan bayaran pendahuluan untuk plan data ini. Berkenaan spesifikasi Oppo R5, ia merupakan sebuah peranti dengan paparan sebesar 5.2 inci yang hadir dengan kamera 13 Megapixel kamera utama dan 5 Megapixel kamera hadapan.

Untuk lebih maklumat berkenaan plan DIGI ini boleh merujuk di sini. Baca juga untuk spesifikasi penuh Oppo R5.