Xiaomi Power Bank 5000 Xiaomi Menawarkan Power Bank 5000 mAH Yang Baru

Sebelum ini Xiaomi Malaysia telah menaikan harga beberapa model Power Bank mereka oleh kerana kesan kejatuhan Ringgit Malaysia. Kini, Xiaomi dilihat telah mengeluarkan Power Bank yang baru dengan kapasiti 5000mAH dan saiz yang lebih kecil.

Ia ditawarkan di laman Xiaomi Malaysia dengan harga RM34. Powerbank yang memiliki ketebalan 9.9 mm ini dikatakan mampu mengcas penuh dua kali iPhone 5S. Mi Power Bank 5000mAh memiliki voltan input output 5V yang menggunakan jenis bateri Lithium-ion Polymer. Ia mampu mengecas penuh selama 3,5 jam.

Pada anda yang berminat untuk mendapatkan Power Bank ini, Xiaomi Malaysia akan mulakan jualan sempena tahun baru cina pada 13 Febuari ini.