Konsol permainan yang berasaskan android bukanlanh sesuatu yang baru. Sebelum ini kita sudah melihat konsol permainan dari nVidia SHEILD, Snail Games Obox dan Wikipad yang juga merupakan konsol permainan yang berasaskan Android. Dijangka konsol permainan ini akan terus meningkat bersama-sama dengn Android TV pada masa akan datang.
ZRRO BOX juga salah satu konsol permainan yang menggunakan platform yang sama. Namun ia agak unik dengan adanya sebuah kawalan (controller) yang dinamakan ZRRO Pad yang menggunakan teknologi sentuhan. ZRRO Pad seolah-olah menggantikan telefon pintar anda kepada pad kawalan yang hadir dengan fungsi sentuhan. Ia menyokong sepenuhnya pada permainan Android berbanding dengan pad kawalan biasa dengan empat butang navigasi serta empat butang pilihan dan sudah tentu akan menyukarkan mengawal permainan yang direka khas untuk skrin sentuh.
Tentang spesifikasinya, ia hadir dengan pemproses Quad-Core 2.0 Ghz dan 2 GB RAM. Ia turut dilengkapi dengan memori dalaman 16 GB yang menyokong memori tambahan sehingga 32 GB. Selain itu ia turut menyokong sambungan HDMI untuk sambungan ke TV anda.
ZRRO BOX kini berada di laman Kickstarter bagi mencari dana pembangunan sebanyak USD200,000 dimana kini telah pon mencapai USD121,259 yang masih lagi berbaki 36 hari. Untuk maklumat lanjut mengenai konsol ini anda boleh merujuk di laman Kickstarter.