MyKira GST harga baranganKerajaan Keluarkan Aplikasi MyKira GST Untuk Menyemak Harga Barangan GST

Beberapa hari sahaja lagi sistem cukai baharu GST akan dikuatkuasakan pada 1 April ini. Sejak ia diperkenalkan, kerajaan berusaha untuk menyalurkan maklumat mengenai di kaca TV, internet mahupon program-program khas yang dianjurkan pihak berwajib. Kerajaan juga telah memperkenalkan aplikasi MyKira GST untuk pengguna Android bagi mengatahui harga barangan yang telah ditetapkan.

Aplikasi yang dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNK)  ini adalah bertujuan untuk memberi ruang kepada pengguna untuk memantau harga semasa serta membolehkan pengguna membuat aduan kepada pihak berkuasa sekiranya pekedai meletakkan tanda harga yang tiada dalam julat harga.

gst

Namun dari penggunaan kami, aplikasi ini dilihat agak sukar digunakan dimana pengguna terpakasa mengisi ruangan wajib yang tepat seperti Nama Barang, Berat/Bersih/Kandungan/Unit, Harga serta Nama Kedai yang akan menyukarkan pengguna. Memandangkan kebanyakan barang jualan memiliki kod bar pada bungkusannya yang mengandungi pelbagai maklumat, kami lebih mencadangkan pihak kerajaan menggunakan imbasan kod bar yang lebih efektif memandangkan kebanyakan peranti pintar memiliki fungsi tersebut berbanding mengisinya secara manual.

Bagi pengguna Android anda boleh muat turun aplikasi MyKira GST secara percuma di Google Play. Untuk maklumat, aplikasi ini memerlukan sambungan internet untuk digunakan.