Apple TV BaruApple TV Baru Akan Hadir Dengan Cip A8, 4K Video

Sebelum ini, Apple telah menurunkan harga beberapa peranti mereka termasuk Apple TV bagi memberi ruang lebih ramai pengguna peranti mereka dimana Apple TV diturunkan harga kepada RM279 seunit di Malaysia. Pada masa yang sama, Apple juga dikatakan sedang membangunkan Apple TV generasi baru yang akan dilancarkan pada Apple Worldwide Developer Conference (WWDC) kelak.

Desas-desus mengenai spesifikasi Apple TV baru yang dikatakan bakal hadir dengan cip A8 iaitu cip pemproses yang sama terdapat pada Apple iPhone 6. Pada masa yang sama, ia juga turut menyokong pengstriman video 4K pada TV yang menyokong resolusi tersebut.

Selain itu, ia juga akan diintegrasikan dengan teknologi arahan suara SIRI padanya bagi memudahkan kawalan pada Apple TV yang baru ini.

Menurut sumber, Apple TV baru ini akan dilancarkan pada Apple Worldwide Developer Conference (WWDC) yang berlansung San Francisco pada 8 June hingga 12 June ini bersama-sama pelancaran versi iOS dan OSX yang baharu.

Sumber : Ubergizmo