Apple WatchApple Watch Menyertai Pasaran Smartwatch 24 April Ini

Apple akhirnya telah memperkenalkan Apple Watch yang telah diumumkan pada September tahun lepas. Kebanyakan fungsi-fungsi telahpon kita tahu semenjak kemunculannya pada september tahun lalu. Kini, Apple sudah bersedia untuk bawakan ke pasaran bermula tempahan awal pada 10 April ini dan mula dihantar pada 24 April dengan harga USD349 sehingga USD10,000 seunit.

Pelbagai Variasi Apple Watch

Jam pintar daripada Apple hadir dengan tiga variasi iaitu Apple Watch Sport, Apple Watch dan Apple Watch Edition di mana ketiga-tiganya memiliki reka bentuk dan gaya yang tersendiri serta fungsi yang berlainan.

Apple WatchApple Watch Sport

Apple Watch Sport merupakan antara variasi termurah dengan harga USD349 untuk model 38MM dan USD399 untuk 42MM model. Ia hadir dengan tali jam getah-plastik dengan pelbagai pilihan warna manakala jamnya pula hadir dengan warna hitam dan perak.

Apple WatchApple Watch

Apple Watch pula hadir untuk penggunaan yang lebih kasual dengan reka bentuk dari logam tanpa karat stainless steel yang berkilat. Untuk paparan jam pula, ia disaluti dengan kristal nilam (sapphire crystal) untuk melindungi paparan skrin. Selain dari tali jam dari stainless steel, ia turut hadir dengan pilihan tali jam dari getah-plastik dan kulit. Apple Watch model ini dijual dengan harga USD549-USD1099 bergantung pada jenis tali dan model jam sama ada 38MM atau 42MM.

Apple WatchApple Watch Edition

Apple Watch Edition pula hadir dengan reka bentuk yang lebih elagan dan premium. Paparannya disalutikristal nilam yang sama dengan model Apple Watch. Bezanya, kerangkanya hadir dengan emas 18-karat yang sudah tentunya dengan kos yang lebih tinggi. Ia mula dijual dengan harga yang menjangkau USD10,000 seunit.

Ciri-Ciri Utama Apple Watch

Apple Watch dibina dengan pelbagai ciri-ciri dan fungsi. Ia bukan sahaja menjadi pelengkap kepada iPhone dan iPad malah ia juga sebuah peranti dengan keunikannya tersendiri. Menurut Apple, jam pintar mereka mampu bertahan sehingga 18 jam jangka hayat bateri untuk penggunaan yang biasa.

Selain memiliki fungsi asas sebuah jam, Apple Watch juga hadir dengan aplikasi kalendar, maps, reminder dan banyak lagi termasuk ciri-ciri kesihatan. Sudah tentunya aplikasi-aplikasi pihak ketiga juga banyak akan disertakan untuk jam pintar ini.

Apple Watch Apple Watch