Asus Zenfone 2Asus Zenfone 2 Mula Ditawarkan Di Malaysia, Harga RM999

Asus Zenfone 2 antara peranti yang ditungu-tungu oleh peminat terutamanya dari Malaysia. Ia telah dilancarkan pada awal Januari tahun ini dan dijangka akan memasuki pasaran Malaysia pada bulan April ini. Namun, bagi yang ingin mendapatkannya sekarang, sudah tentunya DirectD menjadi yang pertama membawanya ke Malaysia dengan harga RM999 untuk versi Quad-Core Intel 1.8GHz CPU, 16GB Memori dalaman dan 2GB RAM. Namun perlu diingat versi 4GB RAM masih lagi belum ditawarkan di DirectD.

DirectD telah menawarkan dua tahun jaminan untuk Asus Zenfone 2 yang hadir dengan pilihan warna merah dan putih. Untuk pakej yang sama, mereka turut menawarkan beberapa aksesori termasuk, memori card, power bank dan pelindung skrin.

Spesifikasi Asus Zenfone 2

  • Hadir dengan rangkaian 4G LTE dan Dual SIM
  • Dilengkapi dengan skrin sebesar 5.5 inci, 1080 x 1920 pixels
  • Hadir dengan platform Android terbaru Android 5.0 Lollipop
  • Kamera utama 13 Megapixel, Dual LED Flash dan kamera hadapan 5 Megapixel
  • Terdapat pilihan memori 16 , 32, 64 GB dan 2 atau 4 GB RAM
  • Kapasiti bateri Li-Po 3000 mAh

Untuk spesifikasi penuh boleh merujuk di sini : Spesifikasi Penuh Asus Zenfone 2

Spesifikasi Telefon Berkaitan

image-5699 image-5707 image-3977 image-3974 image-3972
Asus Zenfone 2 Asus Zenfone Zoom Asus Zenfone 6 Asus Zenfone 5 Asus Zenfone 4