Fitness Band Acer Liquid Leap+Acer umumkan Fitness Band Acer Liquid Leap+

Bukan sekadar smartphone yang diumumkan pada MWC 2015, Acer turun memperkenalkan gelang kecergasan atau Fitness Band iaitu Acer Liquid Leap+ yang boleh di sambung ke pelbagai platform termasuk Android, iOS dan juga Windows Phone.

Acer Liquid Leap+ hadir dengan skrin sentuh hitam dan putih sebesar 1 inci dan resolusi 128 x 32 pixel. Gajet kesihatan ini dikatakan mampu bertahan selama 5 hingga 7 hari untuk ketahanan bateri. Oleh kerana ia menggunakan skrin sentuh sepenuhnya, Leap+ tidak didatangkan dengan sebarang butang kekunci fizikal. Seperti kebanyakan gelang kesihatan yang lain, peranti ini turut dilengkapi dengan ciri-ciri kalis air padanya. Selain memiliki fungsi kesihatan seperti penjejak jalan, penjejak langkah, pengira kalori, memantau tidur, peranti ini turut hadir dengan antaramuka dengan kawalan music, email, kalendar dan juga notifikasi sms.

Fitness Band Acer Liquid Leap+ Fitness Band Acer Liquid Leap+

Fitness Band keluaran Acer ini boleh disambung ke Android, iOS dan juga Windows Phone melalui bluetooth. Ia boleh didapati dengan warna hitam, merah jambu dan hujau dengan harga €79 (RM320).