Games Star Wars Rebels: Recon Missions Untuk Android, iOS dan Windows

Jika anda peminat siri animasi popular Star Wars Rebels dari Disney mungkin anda perlu mencuba permainan yang telah di adaptasi dari siri animasi tersebut. Bagi yang pertama kali, kami amat menyarankan oleh kerana jalan ceritanya sangat menarik.

Disney telah melancarkan permainan dari siri animasi Star Wars Rebels untuk pengguna Android, iOS mahupon Windows Phone. Star Wars Rebels: Recon Missions merupakan permainan aksi dengan Ezra Bridger sebagai watak utama yang bersama pasukannya yang memberontak menentang empayar sepanjang lebih 35 peringkat.

Permainan ini boleh dimuat turun dengan percuma untuk kesemua platform. Namun anda perlu membuat bayaran sekiranya ingin mendapatkan tahap tambahan dengan musuh yang lebih ramai serta pelbagai bilik rahsia dan ganjaran.

Bagi yang berminat boleh muat turun permainan Star Wars Rebels: Recon Missions percuma untuk Android, iOS dan Windows Phone.

Tags