cardGoogle Cardboard – Permulaan Kepada Dunia Virtual

Bagi yang pertama kali melihat Kaca Mata Google Cardboard pastinya kurang yakin dengan kebolehannya yang mampu mengubah peranti Android anda ke dunia virtual berbanding pelbagai lagi Oculus Rift dan Gear VR yang menawarkan fungsi yang sama namun masih lagi belum dipasarakan pada pengguna. Dengan adanya Google Cardboard, anda boleh mencubanya sendori dengan kos jauh lebih jimat.

Konsep rekaan yang sangat mudah dengan berasaskan kadbod, dua biji magnet dan kanta anda boleh memasangnya sendiri di rumah dengan mudah. Google Cardboard merupakan perintis kepada kaca mata virtual pada masa akan datang. Google juga telah mengeluarkan aplikasi khas bagi pengguna mengalami sediri pengalaman didunia virtual. Dan dijangka pembangun aplikasi juga akan mengeluarkan pelbagai aplikasi untuk kaca mata virtual ini dengan adanya Cardboard SDK.

Cara memasang Google Cardboard

Apakah Fungsi dan Kelebihan Google Cardboard ini

Google Cardboard merupakan kaca mata Virtual Reality (VR) dimana teknologi visual ini mebawa penggunanya seolah-olah berada di tempat kejadian dengan smartphone Android dijadikan sebagai skrin. Sebagai contoh anda sedang berada di tengah lautan, anda boleh melihat pemandangan cantik di sekelilingi dengan menggerakan kepala seolah-olah berada di alam rialiti namun peranti anda perlulah menyokong fungsi Gyro untuk kesan gerakan yang lebih baik. Menurut Google, kaca mata VR ini sesuai digunakan untuk peranti dengan skrin 4 – 5 inci.

Demo Google Cardboard Pada Google I/O yang lalu

Youtube – Di Youtube juga telah banyak video-video Virtual Reality yang anda boleh tonton menggunakan Google Cardboard.

Aplikasi – Aplikasi VR telah pon banyak diterbitkan di Google Play. Antara aplikasi menarik yang perlu anda cuba seperti Dive City Coaster dimana aplikasi ini membawa anda seolah-olah anda sendiri yang menaiki Roller Coster.

Permainan – Untuk permainan pula, pembangun mula menawarkan beberapa aplikasi permainan seperti Slender VR dan VR Run!. Namun ia haruslah bermain dengan bluetooth controller untuk mengawal permainan oleh kerana peranti anda berada di mata anda.