gstHarga Peranti Smartphone Oppo Kekal Selepas GST

Sebelum ini, pihak Xiaomi Malaysia telah mengeluarkan senarai harga baru untuk perantinya yang telah dikenakan GST. Hanya harga Xiaomi Redmi Note 4G dinaikan berikutan cukai  GST yang akan dilaksanakan pada 1 April ini. Pihak Oppo Malaysia juga telah mengeluarkan kenyataan rasmi berikutan perlaksanaan GST terhadap peranti-peranti mereka.

Menurut Oppo, tiada sebarang kenaikan harga yang akan dikenakan pada peranti mereka. Mereka akan menaggung segala cas GST yang dikenakan pada peranti mereka untuk tidak membebankan pengguna yang ingin mendapatkan produk mereka.

Oppo yang terkenal dengan smartphone dengan kamera putar dan teknologi pengecasan pantas ini dilihat cuba memberi yang terbaik pada penggunanya. Anda juga boleh merujuk senarai harga terkini telefon bimbit Oppo di sini.

Tags