Harga Tambah Nilai AltelHarga Tambah Nilai Altel Dinaikan 1 April Sempena GST

Sebelum ini desas-desus mengenai cas GST dikenakan pada kad tambah nilai prepaid masih lagi menjadi tanda tanya sehingga ke hari ini. Masing-masing dari syarikat telko seolah-olah berdiam diri tanpa membuat sebarang kenyataan berhubung status cas GST pada produk mereka.

Tinggal sehari saja lagi sebelum perlaksanaan GST di negara kita, Altel mula memberi kenytaan mengenai perkara ini di Facebook mereka. Menurut mereka, Cas GST akan dikenakan pada kad tambah nilai prepaid mereka yang dinaikan sebanyak 6% dari serendah 18 sen untuk tambah nilai RM3.00 sehinggalah RM3.00 untuk kad tambah nilai RM50.00.

Antara Harga Baru Tambah Nilai Altel

  • Tambah Nilai RM3 – RM3.18
  • Tambah Nilai RM5 – RM5.30
  • Tambah Nilai RM10 – RM10.60
  • Tambah Nilai RM30 – RM31.80
  • Tambah Nilai RM50 – RM53.00

Untuk syarikat-syarikat telko yang lain masih lagi belum mengeluarkan kenyataan mengenai cas GST pada produk mereka. Jadi, mungkin kita boleh lihat pada 1 April ini harga terbaru untuk produk dari syarikat-syarikat telko terutamanya pada harga tambah nilai prepaid yang selalu kita gunakan.

Sumber : Altel Malaysia

Tags