htcHTC Desire 526G Dual-SIM Kini Di Malaysia, Harga RM529

HTC Malaysia telah memperkenalkan peranti kelas pertengahan iaitu HTC Desire 526G dengan harga RM529 untuk pasaran Malaysia. Peranti yang hadir dengan sokongan dual SIM ini telah tersedia dipasang dengan Android 4.4.2 Kitkat. Namun HTC masih lagi belum mengeluarkan maklumat mengenai kemaskini Android lollipop untuk peranti ini. 

Untuk skrinnya pula, HTC Desire 526G membawakan paparan sebesar 4.7-inch qHD dengan sesolusi 540 x 960 pixels serta ketumpatan skrin 234ppi. Ia juga dilengkapi dengan pemproses Octa-core 1.7 GHz yang hadir bersama 1 GB RAM. Bagi fungsi fotografi pula, Ia telah dipadankan dengan kamera 8 Megapixel yang hadir dengan LED Flash. Manakala di bahagian hadapan pula tertera 2 Megapixel yang boleh digunakan untuk Selfie dan panggilan video melalui Skype.

HTC juga telah membawakan beberapa ciri-ciri khas yang hanya terdapat pada peranti mereka sahaja. Ia termasuk BlinkFeed, Video Highlights, Offline Reading mode dan sebagainya yang boleh di akses melalui peranti ini.

Spesifikasi HTC Desire 526G Dual-SIM

  • Dilengkapi dengan platform Android 4.4.2 (KitKat)
  • Pemproses Octa-core 1.7 GHz
  • Dilengkapi dengan skrin sebesar 4.7 inci, 540 x 960 pixels
  • Kamera utama 8 Megapixel, LED Flash, Kamera hadapan 2 Megapixel
  • Terdapat pilihan memori 8, 16 GB dan 1 GB RAM
  • Kapasiti bateri Li-Ion 2000 mAh
  • Harga RM529

Bagi yang berminat untuk membeli peranti ini boleh dapatkannya di pengedar rasmi dengan harga RM529. Untuk melihat senarai penuh harga Smartphone HTC terbaru boleh melihat di sini.

Spesifikasi Telefon Berkaitan

image-6329 image-6332 image-6311 image-6307 image-5303
HTC Desire 526G+ Dual Sim HTC Desire 626 HTC Desire 620G Dual Sim HTC Desire 620 Dual Sim HTC Desire 820