HTC Grip HTC Grip – Fitness Band terbaru Untuk Atlet

Untuk MWC 2015 kali ini, HTC dilihat tidak melepaskan peluang bagi memperkenalkan Fitness Band mereka sendiri yang dinamakan sebagai HTC Grip.

HTC Grip dilihan memiliki reka bentuk yang lebih bergaya berbanding kebanyakan Fitness Band yang berada di pasaran sekarang ini. Ia hadir dengan reka bentuk bercorak di permukaan bawah untuk beri lebih cengkaman yang lebih selesa ketika memakai. Gelang kecergasn ini turut hadir denagn paparan lengkung sebesar 1.8 inci AMOLED dengan antaramuka yang menunjukan masa, jarak perjalanan dan juga notifikasi. HTC Grip dikatakan mampu bertahan sehingga tiga hari penggunaan dengan sekali cas sahaja. Ia menyokong sepenuhnya untuk peranti Android dan iOS.

HTC Grip

Bagi para Atlet yang inginkan Fitness Band yang bergaya, mungkintawaran dari HTC ini terbaik untuk anda dengan harga USD199 (RM730). Ia akan mula dipasaran tidak lama lagi yang dijadualkan untuk pasaran permulaan di Amarika Utara.