HTC One M9 HTC One M9 di Lancarkan dengan 20 Megapixel Kamera

Setelah sekian lama menanti dengan pelbagai spekulasi, akhirnya HTC memperkenalkan peranti perdananya, HTC One M9. Mengambil tempat di pentas utama di MWC 2015, HTC telah mengumumkan HTC One M9 dengan reka bentuk Unibody dan kerangka logam yang nampak begitu premium dan bergaya di tangan.

Untuk model flagship kali ini, HTC telah menambah baik banyak perkara dari segi reka bentuk, prestasi, kamera serta ciri-ciri yang lain yang terdapat pada model sebelumnya, HTC One M8. Untuk skrinnya, HTC bawakan paparan sebesar 5 inci dengan resolusi 1080p. Menurut HTC, yang masih mengekalkan penggunaan resolusi 1080p berbanding resolusi 2K, penggunaan resolusi 1080p adalah yang terbaik untuk skrin sebesar 5 inci. Ia bukan sahaja menawarkan paparan yang sudah cukup baik namun ia turun mampu menjimatkan lebih banyak bateri berbanding dengan resolusi 2K.

HTC One M9 HTC One M9

Untuk prestasinya pula, Ia dipadukan dengan cip pemproses Qualcomm MSM8994 Snapdragon 810 dengan gabungan Quad-core 1.5 GHz Cortex-A53 & Quad-core 2 GHz Cortex-A57 yang memberi kesan prestasi yang sangat baik untuk keupayaannya dan persembahan grafik. Tambahan pula, Ia turut dimuatkan dengan 3 GB DDR4 RAM terbaru bagi meningkatkan lagi prestasi multitasking dan sebagainya. Bukan itu sahaja, HTC One M9 hadir dengan memori terbina 32 GB yang hadir dengan slot memori tambahan sehingga 128 GB.

Bagi kamera, ia merupakan ciri-ciri utama yang terdapat pada peranti ini. Untuk One M9, HTC sudah tidak menggunakan kamera utama 4 Ultrapixel seperti yang digunakan pada model flagshipnya sebelum ini. Sebaliknya, HTC telah pidahkannya ke bahagian hadapan. Untuk kamera utamanya, Ia dimuatkan dengan 20.7 Megapixel dengan sensor daripada Sony. Antara ciri-ciri khas yang terdapat pada kamera ini seperti saiz sensor 1/2.4″, bukaan kanta f/2.2 dan juga rakaman video 4K.

Ciri-Ciri Utama Dan Spesifikasi HTC One M9

  • Sistem Operasi Android 5.0 Lollipop
  • Paparan skrin sebesar 5.0 inci dengan 1080 x 1920 pixels
  • Cip Pemproses Qualcomm MSM8994 Snapdragon 810 Quad-core 1.5 GHz Cortex-A53 & Quad-core 2 GHz Cortex-A57
  • 32 GB Memori dalaman, 3 GB RAM dan slot memori tambahan sehingga 128 GB
  • Kamera 20.7 Megapixel dan 4 Megapixel di bahagian hadapan
  • Kapasiti bateri Li-Po 2840 mAh
  • Warna perak dan emas
  • Sokongan rangkaian LTE
  • Pelindung skrin Corning Gorilla Glass 4