One M9 PlusOne M9 Plus Dilancarkan 8 April ini, 5.2 Inci Skrin, Dual Kamera

Sebelum ini desas-desus mengatakan bahawa HTC bakal melancarkan HTC One M9 Plus (HTC One M9+) bersama-sama HTC One M9 pada acara MWC 2015 yang lalu. Namun ianya meleset apabila hanya HTC One M9 yang diumumkan pada acara tersebut. Belum sempat sebulan, kini HTC dilihat telah menjadualkan acara pelancaran HTC One M9 Plus pada 8 April ini di Beijing.

Dari gambar teaser yang ditunjukan pada poster menunjukan gambar HTC One M9 Plus dengan Dual kamera, Dual Tone Flash dan kerangka bersalut emas di bahagian sisi seperti yang terdapat pada HTC One M9. Dual kamera sangat membantu terutamanya bagi mendapatkan kesan bokeh (Depth Of Field) pada gambar yang diambil.

Spesifikasi HTC One M9 Plus

Sperti desas desus yang tersebar sebelum ini, HTC One Plus akan hadir dengan saiz yang lebih besar dengan paparan sebesar 5.2 inci dan resolusi Quad HD 1440 x 2560 pixels. Reka bentuknya hampir sama dengan model-model dari keluarga HTC One yang lain, bezanya peranti ini merupakan yang pertama dari HTC yang hadir dengan pengimbas cap jari sebagai salah satu ciri-ciri keselamatan.

Mengenai pemprosesnya pula terdapat dua anggapan samaada peranti ini hadir dengan cip Mediatek ataupon Qualcomm Snapdragon 810. Yang pasti adalah ia akan hadir dengan 3 GB RAM, 32 GB memori dalaman, kamera 20.1 Megapixel, platform Android 5.0 Lollipop dan HTC Sense 7.0.

Spesifikasi Telefon Berkaitan

image-6338 image-3817 image-3796 image-4524 image-5451
HTC One M9 HTC One (M8) HTC One Max HTC One (E8) HTC Desire Eye