HTC One M9 Spesifikasi ReviewHTC One M9 Spesifikasi Review – Hadir dengan 20.7 Megapixel, Dual-Flash

Sebelum ini, begitu lama desas-desus mengenai HTC One M9 tersebar di internet. Beberapa hari yang lalu, segalanya terungkai setelah HTC melancarkan peranti tersebut di acara MWC 2015. Namun desas-desus mengenai HTC bakal mengeluarkan HTC One M9 versi skrin besar meleset oleh kerana tiada berita tentang peranti tersebut pada acara tersebut. Mungin ia akan dilancarkan pada waktu yang lain.

HTC One M9 merupakan kesinambungan kepada model flagship HTC One M8 yang di lancarkan pada tahun lepas. Sebelum ini, HTC juga mengeluarkan beberapa variasi dari model flagship mereka seperti HTC One Max, HTC One Mini dan HTC One (E8) dengan kerangka plastik untuk harga yang lebih murah.

Reka Bentuk

Mesra Mobile GalleryMesra Mobile GalleryMesra Mobile Gallery
Reka Bentuk HTC One M9. Klik untuk besarkan.

Jika kita pandang buat pertama kali, reka bentuk HTC One M9 tidak ubah seperti model flagship HTC sebelum ini. Cuma bezanya, HTC menggugurkan Dual kamera yang terdapat pada M8 dan mengantikan kamera tunggal dengan sensor yang lebih besar pada bahagian belakang HTC One M9.

Untuk model terbaru ini, ia dilihat sedikit tebal berbanding modelnya sebelum ini. Namun ia tidaklah begitu ketara di mana M8 hadir dengan ketebalan 9.6 mm manakala M8 hadir dengan ketebalan 9.4 mm. Manakala beratnya pula, HTC telah menurunkannya kepada 157g.

Untuk paparan skrin, tidak banyak perubahan yang dibawanya. HTC One M9 masih lagi menggunakan skrin Super LCD3 5.0 inci dengan resolusi 1080p. Cuma, ia hadir dengan pelindung skrin terbaru dari Gorilla Glass 4. Menurut HTC, penggunaan resolusi 1080p sudah cukup terbaik untuk paparan yang jelas disamping penggunaan bateri yang lebih efektif berbanding penggunaan resolusi 2K yang memberi kesan kurang baik pada jangka hayat bateri.

Spesifikasi

General
Platform Android 5.0.x (Lollipop)
Processor Qualcomm MSM8994 Snapdragon 810
Cipset Quad-core 1.5 GHz Cortex-A53 & Quad-core 2 GHz Cortex-A57
GPU Adreno 430
Date Announced March 2015
Price Latest HTC Price in Malaysia
Coverage
GSM Network GSM 850 / 900 / 1800 / 1900
UMTS Network HSDPA 850 / 900 / 1900 / 2100
LTE Network LTE 700 / 800 / 850 / 900 / 1800 / 2100 / 2600
Version/SIM Nano SIM (Micro-SIM)
Design
Type Smartphone
Design Candybar
Dimensions 144.6 x 69.7 x 9.6 mm
Weight 157 g
QWERTY
Others
Display
Technology Super LCD3, 16M Colors, 441 PPI Pixel Density
Resolution 1080 x 1920 pixels
Size 5.0 inches
Touchscreen Capacitive Touchscreen, Multitouch
Protection Corning Gorilla Glass 4
Others HTC Sense UI 7.0
Multimedia
3.5mm Audio Jack Yes
Radio Yes
Music Player Yes
Sound Format MP3 / WAV / WMA / AAC
Video Format MP4 / H.264
Streaming Yes
TV Tunner
Editor Audio / video / Document
Memory
Built-in Storage 32 GB
Card Slot microSD, Maximum 128 GB
System Memory 3 GB RAM
Connectivity
GPRS Yes
EDGE Yes
Data Speed HSPA: 42.2/21.1 Mbps, LTE: 300/50 Mbps
WIFI Yes
NFC Yes
USB Yes
Bluetooth Yes
Infrared
TV-Out
Camera
Camera 20.7 Megapixel
Resolution 5376 x 3752 pixels
Flash Dual-LED (dual tone) flash
Focus Autofocus
Features Automatic simultaneous video and image recording, geo-tagging, face/smile detection, HDR, panorama
Video 2160p@30fps, 1080p@60fps, 720p@120fps,
Front Camera 4 Megapixel
Features
Battery Li-Po 2840 mAh
Colors Gunmetal Gray, Amber Gold, Silver/Rose gold, Gold/Pink
GPS A-GPS
Sensors Accelerometer, gyro, proximity, compass
Applications Organizer, Google Search, Maps, Gmail, YouTube, Calendar, Google Talk
Others

Ciri-Ciri Utama

Ciri-Ciri Utama pada HTC One M9. Kredit Video MKBHD

Sebuah model flagship terbaik haruslah memiliki kombinasi perkakasan atau hardware yang terbaik bagi memastikan ia sentiasa lancar dengan pelbagai fungsi yang terbaik. HTC One M9 hadir dengan Cipset Octa-Core Qualcomm MSM8994 Snapdragon 810 dengan pemproses Quad-core 1.5 GHz Cortex-A53 dan Quad-core 2 GHz Cortex-A57 yang didatangkan dengan 3 GB RAM.

HTC One M9 nenawarkan kualiti kamera yang sangat baik. Ia dikengkapi dengan 20.7 Megapixel dengan lapisan Sapphire yang meliputi kanta kamera bagi menghasilkan gambar yang lebih jelas. Di bahagian hadapannya pula, ia hadir dengan kamera Ultrapixel yang menawarkan gambar selfie yang lebih cantik. Dengan adanya aplikasi pemproses imej, HTC Eye, yang hadir dengan pelbagai mod pengambaran termasuk kebolehan mengambil gambar selfie bersuara dan sebagainya.

HTC One M9 Hadir Dengan 20.7 Megapixel Kamera Dan Dual LED-Flash Dan Kamera Ultrpixel Di Bahagian Hadapan

HTC juga bekerjasana dengan Dolby bagi membawakan 5.1 Surround Sound Effect pada HTC One M9 bagi menghasilkan kualiti bunyi yang lebih sinematik. HTC juga bawakan teknologi BoomSound yang menawarkan kualiti bunyi yang telah ditingkatkan.

HTC One M9 juga hadir dengan fungsi BlinkFeed yang menawarkan maklumat terkini serta saranan pautan yang berhampiran dengan anda. Ia turut du integrasi dengan Facebook, Twitter, maklumat sukan dan berita untuk memastikan anda sentiasa mendapat maklumat yang terbaru.

Kelebihan Dan Kekurangan

Kelebihan Kekurangan
  • Kamera dengan sensor yang besar
  • Prestasi yang terbaik
  • Menyokong sambungan 4G LTE
  • Reka Bentuk Premium
  • Tidak dilengkapi dengan ciri-ciri kalis air dan debu