huawei

Kurang dari 15 jam acara Mobile World Congres (MWC 2015) akan berlansung di Barcalona. Pelbagai peranti-peranti baru akan diperkenalkan pada acara tersebut termasuk peranti perdana HTC One M9 dan banyak lagi. Turut hadir pada acara tersebut ialah Huawei yang akan memperkenalkan Huawei Smartwatch yang baru.

Terdapat dua video menunjukan kedua-dua reka bentuk dan juga fungsi software yang terdapat pada jam pintar Huawei. Huawei menerapkan nilai-nilai klasik moden pada jam pintar mereka dengan rekaan skrin bulat yang nampak lebih premium padanya.

Tentang spesifikasi masih lagi belum didedahkan. Namun, sudah tentunya ia kan menggunakan platform Android Wear. Untuk maklumat lanjut tentang jam pintar dari Huawei ini mungkin kita boleh tunggu beberapa jam lagi sebelum acara MWC 2015 bermula.